Thursday, March 18, 2010

PERIBAHASA


1. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa,bidalan,perumpamaan,kata-kata hikmah dan
pepatah.
2. Simpulan bahasa ialah kata-kata yang ringkas dan ada yang membawa maksud kiasan.
3. Bidalan ialah kata-kata yang mempunyai maksud tersirat daripada ungkapan yang dikemuka-
kan.
4. Perumpamaan ialah peribahasa yang mempunyai kata-kata bagai, seperti, ibarat, umpama,
dan sebagainya.
5. Kata-kata hikmah ialah kata-kata yang maksudnya dapat menimbulkan perangsang atau
semangat.
6. Pepatah ialah ungkapan yang berentak dan mempunyai maksud tersirat,sindiran dan sebagai-
nya.

Simpulan Bahasa
1. Buah fikiran : Idea.
2. Ringan Tulang : Rajin.

Bidalan.
1. Biar Lambat Asalkan Selamat.
2. INdah khabar dari rupa.

Perumpamaan.
1. Seperti anjing menyalak bukit.
2. bagai aur dengan tebing.

Kata-kata Hikmah.
1. Bahasa Jiwa Bangsa.
2. Bersatu teguh bercerai roboh.

Pepatah.
1. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
2. Berani kerana benar,takut kerana salah.

" Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah" sama dengan peribahasa ;
1. ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni.
2. bagai aur dengan tebing.
3. berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

No comments:

Post a Comment