Sunday, August 29, 2010

LATAR MASYARAKAT [MERDEKA MERDEKA]


Huraikan tiga latar masyarakat dalam novel yang anda kaji.

Novel "Merdeka,Merdeka" karya A.Rahman Hanafiah memaparkan beberapa latar masyarakat.
Masyarakat yang bencikan penjajahan Inggeris. Datuk Onn dan orang-orang Melayu membenci dan menentang penubuhan Malayan Union.Orang-orang melayu telah bersatu dan berkumpul di Kuala Lumpur nagi menunjukkan penentangan terhadap Malayan Union.
Novel ini juga memaparkan masyarakat Melayu yang tinggal di kampung. Kudin dan keluarganya tinggal di Kampung Teras Jernang,Gerik. Penduduk kampung ini hidup penuh harmonis dan saling bekerjasama.
Di samping itu, latar masyarakat yang berpendirian tegas. Pak Awang sanggup berhenti kerja dengan pihak inggeris yang mahu beliau menghentikan aktiviti beliau dalam Persatuan Pahlawan Kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment