Wednesday, December 8, 2010

KARANGAN[menulis pendahuluan]


PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PENULISAN PENDAHULUAN;.

Soalan: Masyarakat mempunyai peranan penting menangani pelbagai gejala negatif dalam
kalangan masyarakat. Berikan pendapat anda.


Dahulu gejala negatif dalam kalangan masyarakat jarang berlaku. Hal ini disebabkan masyarakat pada zaman dahulu patuh akan peraturan yang telah ditetapkan dalam masyarakat. Namun kini, gejala gejala negatif dalam kalangan masyarakat
merupakan sesuatu yang lumrah. Kebanyakan anggota masyarakat seolah-olah tidak peduli
akan hal ini. Masing-masing seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
sahaja. Pada pendapat saya, masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk menangani masalah ini.

Antara ciri-ciri karangan yang cemerlang ialah penggunaan peribahasa dalam sesuatu penulisan karangan. Penggunaan peribahasa,perumpamaan,simpulan bahasa ataupun kata-kata hikmat dapat memperjelas sesuatu huraian yang mahu disampaikan. Oleh hal demikian,pelaja-pelajar sewajarnya memasukkan beberapa peribahasa dalam huraian yang
disampaikan.

Sunday, November 21, 2010

KARANGAN RESPON TERBUKA[2]


KEBAIKAN BERSUKAN.

Bersukan satu bentuk aktiviti riadah yang penting dalam kehidupan masyarakat hari ini. Bersukan bukan sahaja menyihatkan badan malah dapat mengisi nasa lapang dengan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memupuk minat masyarakat dalam menyertai aktiviti.Lantaran itu,pelbagai kebaikan yang dapat membantu mencerdaskan minda dan fizikal.

Selain itu, sukan juga sesuai dengan mereka yang mengamalkan amalan diet. Aktiviti bersukan sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha seseorang menjaga diet dan juga untuk mengurangkan berat badan atau obesiti. Berlari-lari anak di taman sudah mampu memecahkan lemak. Bersukan juga dapat mengisi masa lapang dan dapat menghindari perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat membeli-belah, terjebak dalam aktiviti penagihan dadah,lumba haram,jenatah dan sebagainya.

Sukan juga dapat membentuk disiplin diri yang tinggi.ini disebabkan dengan bersukan kita perlu sentiasa menjaga pemakanan.Misalnya tidak memakan makanana yang berlemak dan kalori yang tinggi.Justeru, bersukan dapat melatih seseorang untuk sentiasa menepati masa dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bersukan juga dapat mewujudkan perpaduan kaum.Kita dapat bekerjasama dan menjalinkan semangat muhibah dalam membentuk satu satu pasukan.Dengan aktiviti sukan
kita dapat mengangkat imej negara di persada dunia.Sebagaimana yang dilakukan oleh ratu squash,Nicol Ann David apabila mencapai kejayaan sebagai pemain nombor satu dunia.

Kesimpulannya, sukan memberi impak yang cukup tinggi terhadap kesihatan tubuh
badan khususnya serta kecemerlangan bagi negara umumnya.


Tuliskan karangan di bawah:
1. Iklan bertujuan mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Bincangkan kebaikan dan keburukan iklan kepada masyarakat.

Pendahuluan.
Iklan mendedahkan pengguna dengan pelbagai barangan - promosi - kebaikan dan keburukan.

Isi-isi Penting.
Berikan dua kebaikan dan dua keburukan iklan tersebut.

Penutup.
Berikan pendapat anda[ulasan]- baik buruk terletak pada pengguna.

Wednesday, November 10, 2010

KARANGAN RESPON TERBUKA


1. Budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah anda masih belum mencapai tahap yang
memuaskan. Anda sebagai pustakawan sekolah diminta mencadangkan cara-cara mening-
katkan amalan membaca dalam kalangan pelajar.

Cadangan Isi:
i. Memperbanyak dan mempelbagaikan buku serta bahan bacaan di Pusat Sumber
Sekolah.
ii. Menganjurkan pertandingan banyak membaca dengan menawarkan hadiah lumayan.
iii. Mewujudkan sudut bacaan di bilik kelas.
iv. Melaksanakan program NILAM.
v. Melengkapkan PSS dengan sistem elektronik dan digital seperti internet dan
audio visual.
vi. Mengadakan galeri buku secara berkala.
vii. Acara ulasan buku di perhimpunan mingguan.


2. Perpaduan kaum penting membentuk 1 Malaysia.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.

Cadangan Isi:
i. Dasar Pelajaran Kebangsaan - menyatupadukan anak-anak dengan pendidikan
seragam.
ii. Memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti bertimbang rasa,
toleransi dan saling menghormati antara kaum.
iv. Perayaan pelbagai kaum disambut bersama-sama seperti Rumah Terbuka Malaysia.
v. Menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah.


3. Gejala sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.

Cadangan Jawapan;
Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menangani gejala tersebut.
i. Ibu bapa hendaklah sentiasa memberikan perhatian terhadap anak-anak mereka.
ii. Memberikan penidikan agama sejak kecil kepada anak-anak.
Penerbit stesen TV tidak menyiarkan filem-filem berunsur negatif atau ganas.
iii. Stesen TV hendaklah memperbanyak filem-filem berunsur pendidikan.
iv. Menguatkuasa undang-undang dan peraturan oleh kerajaan.
v. Peranan guru bimbingan dan kaunseling untuk membentuk pelajar berakhlak
mulia.


4. Pepatah melayu ada mengatakan "sediakanpayung sebelum hujan".
Tulis suatu karangan yang dapat menghuraikan maksudnya.

Cadangan Jawapan:
i. Menyatakan maksud peribahasa - bersedia sebelum menghadapi segala kemungkinan
yang akan datang.
ii. Makna peribahasa ada persamaan dengan peribahasa " ingat sebelum kena,
jimat sebelu habis".
iii.Tujuannya memberikan peringatan untuk mengelakkan keburukan - sentiasa
berada dalam keadaan bersedia.
iv. Peribahasa ini wajar dijadikan pegangan - sentiasa kita hidup senang,kita
tidak harus bersikap boros - perlu berjimat cermat dan menabung.
v. Amalan berjimat cermat diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil -
digunakan pada masa diperlukan.
vi. Menghayati pengajaran yang tersirat dalam peribahasa - sentiasa beringat
dalam menghadapi cabaran yang tidak diduga.

PEMAHAMAN





Bahagian A[ii]: Pemahaman.
1. Anda hendaklah menjawab berdasarkan petikan Bahagian A[i].
2. Tiga soalan pemahaman daripada petikan bahagian A[i].
[a] Soalan 1 : Anda dikehendaki memberikan maksud rangkai kata.
[b] Soalan 2 : Anda dikehendaki memberikan dua isi berdasarkan petikan
[c] Soalan 3: Anda diminta memberikan pendapat dengan mengemukakan dua isi.
3. Pastikan ayat yang dibina lengkap,relevan mengikut soalan dengan ayat yang gramatis.

Contoh Soalan Klon PMR tahun 2006.

Berdasarkan petikan Bahagian A[i],jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata meninggalkan bekas. [2 markah]
2. Nyatakan dua kesan kenaikan harga minyak yang terdapat dalam petikan. [ 4 markah]
3. Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk
amalan berjumat cermat sejak kecil? [4 markah]


Model Jawapan.

1. Rangkai kata meninggalkan bekas bermaksud mendatangkan kesan.

2. Dua kesan kenaikan harga minyak ialah harga barang lain turut naik dan rakyat
terpaksa menghadapi beban akibat kenaikan harga barang tersebut.

3. Pada pendapat saya, langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk amalan
berjimat cermat sejak kecil ialah anak-anak perlu dididik supaya menabung dan
tidak membeli barangan yang tidak berfaedah. Di samping itu, ibu bapa perlu
menunjukkan contoh yang baik dengan turut menabung dan menahan diri daripada
membeli barangan yang tidak diperlukan.

Tuesday, November 9, 2010

RINGKASAN

MENULIS RINGKASAN

1. Binalah ayat-ayat anda berdasarkan urutan isi penting.
2. Sebaik-baiknya satu isi penting itu ditulis dalam satu ayat sahaja.
3. Anda harus membina ayat-ayat yang baru tetapi maksudnya hendaklah sama seperti
petikan asal.
4. Ayat-ayat yang anda bina haruslah ringkasmtepat dan padat.Hal ini demiukian untuk
mengelakkan kesalahan tatabahasa.
5. Gunakan gaya bahasa anda sendiri bukannya mengikut gaya bahasa petikan asal.
6. Pemilihan kata yang tepat dapat menghasilkan ringkasan yang baik.
7. Jangan meniru bulat-bulat daripada petikan.
8. Untuk kesinambungan antara isi dengan isi,ayat dengan ayat yang lain, gunakalah
penanda wacana[PW].
9. Jangan menulis perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan.
10. Ringkasan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

KEMAHIRAN MENULIS RINGKASAN.

1. Gugurkan kata-kata yang merujuk kepada contoh[misal,umpama,seperti,antara dll]
Contoh ayat:

Pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam seperti
pembakaran terbuka,penerokaan hutan,pembuangan bahan toksid,dan pelepasan asap
oleh pihak pekilang atau kenderaan perlulah ditangani dengan segera agar rakyat
dapat hidup selesa. [33 patah kata]

Ayat Ringkas.

Pelbagai punca pencemaran alam sekitar harus ditangani dengan segera demi
keselesaan takyat. [12 patah kata]


2. Gugurkan frasa keterangan.

Contoh Ayat:

Kebanjiran pendatang asing di negara kita sama ada secara sah mahupun
secara haram telah banyak menimbulkan masalah. [18 patah kata]


Ayat Ringkas.

Kedatangan pendatang asing ke negara ini menimbulkan pelbagai masalah.
[ 9 patah kata]

RINGKASAN [Mencari Isi Penting]


Kehendak soalan:kebaikan mengamalkan semangat sukarela dalam masyarakat.

Semangat sukarela merujuk kepada sikap tanpa dipaksa-paksa atau dengan rela hatimelakukan sesuatu perkara. Kerja sukarela dilakukan dengan perasaan ikhlas dan jujur,serta tanpa dorongan untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.[[ Semangat sukarela mampu melahirkan individu yang mengasihi orang lain dan dapat menghindarkan sikap mementingkan diri.]] Walau bagaimanapun, semangat sukarela semakin pudar dan terhakis akibat daripada perubahan gaya hidup masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba untuk mencari harta kekayaan. Ada juga segelintir masyarakat yang melihat pulangan wang ringgit dan kebendaan sebagai balasan untuk masa dan tenaga yang diberi.


TUGASAN
1.Cuba anda baca keseluruhan perenggan di atas.
2.Gariskan isi penting[[.....]].
3.Buat ringkasan.
Semangat sukarela melahirkan individu yang penyayang dan tidak bersikap
mementingkan diri.

Novel Merdeka,Merdeka


Kita hendaklah saling bantu membantu dalam kehidupan.
Huraikan peristiwa yang berlaku dalam novel yang anda kaji.

Novel Merdeka,Merdeka yang saya kaji banyak menceritakan peristiwa saling bantu membantu antara watak dalam novel.Contohnya, orang-orang Melayu saling membantu dalam usaha mereka menentang rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union dengan mengadakan perhimpunan agung dalam kalangan persatuan Melayu di Kuala Lumpur.
Peristiwa lain ialah Kudin dan rakan-rakannya saling membantu menjaga keselamatan di kampungnya, Kampung Teras Jernang dengan mendirikan khemah dan membina kubu dalam usaha menghalang serangan pengganas komunis.
[ Cuba anda nyatakan satu lagi peristiwa yang berlaku dari novel Merdeka-merdeka.]