Tuesday, July 27, 2010

KOMSAS Merdeka Merdeka



PERSOALAN.

persoalan merupakan permasalahan yang dipaparkan oleh pengarang dalam karya yang dihasilkan.Persoalan juga bermaksud hal-hal yang dipersoalkan dala sesubuah karya untuk memantapkan tema.

Bentuk Soalan ;
Nyatakan tiga persolan dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah Merdeka,Merdeka karya A.Rahman Hanafiah.Salah satu persoalan yang terkandung dalam novel ialah persoalan pengorbanan. Pak Awang terpaksa mengorbankan pekerjaannya demi cintanya terhadap tanah air. Dia sanggup berhenti kerja sebagai kerani di pejabat orang Inggeris apabila diberi kata dua oleh wakil pihak Inggeris iaitu Osman dan Kasim. Pak Awang diminta meninggalkan kegiatan dalam persatuannya atau berhenti kerja.

Persoalan seterusnya ialah kerjasama. Persoalan ini dapat dilihat melalui kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Teras Jernang dalam menghadapi musuh.Mereka bersama-sama membina kubu pertahanan untuk menghindari ancaman komunis.Mereka turut sama berkawal dan menentang pengganas yang cuba menjajah kampung mereka.Kerjasam juga dapat dilihat dalam persatuan-persatuan di Tanah Melayu yang ditubuhkan untuk mempertahankan negara.Persatuan-persatuan ini bekerjasama dan berganding bahu bagi emjayakan perhimpunan bagi embincangkan tentang penentangan terhadap Malayan Union.

Persoalan kecekalan dan ketabahan dapat dilihat melalui watak pemimpin melayu seperti Datuk Onn, Zaaba dan Encik Hasmun. Mereka tidak berputus asa dalam memujuk raja-raja Melayu untuk memulaukan perasmian Malayan Union. Atas budi bicara raja-raja Melayu apabila melihat harapan rakyat. Akhirnya Raja-raja Melayu memutuskan untuk membatalkan Malayan Union.
Kecekalan dan ketabahan juga dapat dilihat melalui watak Mak Bibah yang sanggup melepaskan Kudin ke Kuala Lumpur,meskipun Pak Awang tidak pulang ke rumah selepas masuk ke dalam hutan.Dia tabah menghadapi kehidupan seorang diri di kampung apabiala anaknya ingin berjuang di Kuala Lumpur bagi mempertahankan Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment