Monday, October 19, 2009

Karangan

Karangan Peribahasa:
Panduan Efektif
1. Pelajar hendaklah memahami maksud peribahasa terlebih dahulu.
2. Kemudian, jelaskan maksud peribahasa tersebut.
3. Pastikan kehandak soalan >teknik huraian atau teknik bercerita.
4. Kaitkan peribahasa tersebut dengan kehidupan.
5. Masukkan peribahasa lain yang anda fahami maksudnya.
6. Jelaskan pandangan anda tentang peribahasa tersebut.
7. Pastikan bahawa teknik penulisan karangan peribahasa sama dengan teknik penulisan
karangan cereka
8. Jika anda menulis karangan secara huraian, masukkan maksud dan sejarah peribahasa.
9. Jika anda menulis karangan secara teknik cerita,cerita tersebut hendaklah menjelaskan
maksud peribahasa berkenaan.
PRAKTIS INTENSIF;

Peribahasa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" sering disebu dalam masyarakat kita.
Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ini.

Rangka Karangan
Pendahuluan:
Ahmad berasal daripada keluarga miskin - bapanya hanya seorang petani - mengambil upah mengerjakan sawah penduduk kampung.

Isi-isi relevan :
* Ahmad tidak pernah menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuknya berjaya -
sentiasa ingat pesan orangtuanya.
* Berusaha untuk mendapatkan bantuan biasiswa - mengurangkan bebankan keluarganya.
* Belajar bersungguh-sungguh walaupun kesusahan hidup.
* Meminjam buku rujukan kerana tiada wang untuk membeli buku rujukan.
* Sering mengulangkaji pelajaran,bertanya guru dan mengadakan kumpulan belajarl

Penutup:

Sikapnya itu menyebabkan dia meraih kejayaan demi kejayaan setiap kali peperiksaan hingga berjaya ke menara gading. Kini dia menjawat jawatan penting di sebuah jabatan kerajaan.
* Cuba anda tulis karangan ini.****

No comments:

Post a Comment