Thursday, February 18, 2010

Merdeka,Merdeka


Sinopsis novel "Merdeka,Merdeka"karya A.Rahman Hanafiah.
Kudin seorang remaja berasal dari Kampung Teras Jernang.Kampung ini sering diserang oleh pengganas komunis.Pada satu hari,dua orang pengganas komunis datang ke kampungnya secara menyamar.Mereka membunuh Pak Karim kerana enggan memberikan maklumat tentang Persatuan Pahlawan Kemerdekaan[PPK]. PPK telah mengadakan mesyuarat di rumah Ketua Kanpung. Mesyuarat tersebut membincangkan persiapan mereka untuk pergi ke Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana persatuan-persatuan di seluruh Tanah Melayu akan berhimpun di bangunan Kelab Sultan Sulaiman.
Kudin telah terpilih sebagai wakil pemuda bagi PPK di kampungnya. Setiausaha persatuan PPK iaitu Ibrahim akan turut serta ke Kuala Lumpur bersama dengan Kudin. Mereka berdua menaiki kereta api dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur.
Setibanya di Kuala Lumpur,Kudin dan Ibrahim berjumpa dengan Encik Hasmun iaitu penyelia perjumpaan agung tersebut. Encik Hasmun membawa mereka ke bilik rehat di Kelab Sultan Sulaiman.Dalam majlis perjumpaan tersebut,Datuk Onn turut hadir dan menyampaikan ucapan. Selepas itu, perwakilan-perwakilan pula memberikan pendapat mereka.

No comments:

Post a Comment