Sunday, February 21, 2010

Merdeka,Merdeka ....iii


Beberapa hari sebelum Kudin dan Ibrahim pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perhimpunan agung itu, ayahnya hilang dan tidak pulang-pulang ketika mencari Bustam.

Akhirnya Kudin terpaksa pergi ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan Ibrahim walaupun ayahnya masih belum pulang. Hal yang demikian kerana Kudin telah diamanahkan untuk menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung tersebut. Perasaan gembira Kudin bertukar sedih apabila mendapat tahu bahawa ayahnya telah dibunuh oleh komunis. Sungguhpun demikian,Kudin masih memberikan ucapan dengan penuh semangat. Perhimpunan agung itu telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha MuliaSultan Hishamuddin Alam Shah.Zaba selaku pengerusi Majlis pula berucap secara ringkas dan diikuti pula oleh Datuk Onn.Dalam perhimpunan iti, banyak orang Melayu terutamanya dari Kuala Lumpur,Seremban dan Tanjung Malim datang berhimpun.

No comments:

Post a Comment